Pathology: Study of disease (dis ease = tak selesa)
Jadi Pathology adalah cara-cara untuk mengkaji sebab-sebab tak selesa.
Oh... ye ke? Itu ke maksud Pathology, kata seorang budak yang tak pasti betul ke nak teruskan medicine ni. Pertama kali saya mendengar istilah Pathology ni mase tengok filem 'Pathology' waktu masih bergelar IB student, 2 tahun lepas. Tapi kenape dalam cerita tu ada banyak kisah pasal bunuh-bunuh orang ye? Oh abaikan. Tu movie, bukan subject pon, tapi ade la kaitan sikit-sikit dengan pathology (sesiapa yang pernak tengok cerita tu mesti paham kan). Ye la sekumpulan doktor akan bergilir-gilir bunuh pesakit or orang-orang yang mereka benci, then doktor lain pula akan men'diagnose' sebab kematian pesakit tu. Ada yang hancurkan lung patient dengan Nitrogen gas, n ade yang suntik tumour cell kat lymph node.
Inilah kulit buku teks Pathology kitorang. 819ms tak termasuk glossary, purata 204ms perlu diteliti, dibaca dan disayangi dalam tempoh 2bulan setengah, 102ms dalam masa sebulan dan 3ms pembacaan harian.
buku ni bukan calang-calang, salah seorang advisor adalah Professor K. Ranmarayan (lecturer kitorang) dan sorang lagi advisor, Professor Lai-Meng Looi UM, Kuala Lumpur |
Sebenarnya hari ni tak mahu pon nak bercerita pasal subjek Pathology, tapi lebih kepada nak conteng-conteng dan merehatkan minda sebelum paper Forensic Medicine hari Sabtu pulak. Inilah yang dipanggil Post-Examination Syndrome (PES). PES ni bergantung pada individu, ada yang PES dekat movie, ada yang PES dekat FIFA, ade yang PES dekat PES 2012, ade yang PES dekat game (sampai seminggu boleh khatam 2 game!!) dan tak kurangnya ada yang PES pada Ombak Biru Drama Bersiri Korea!! Tapi hari ini PES saya adalah pada blogging.
Tadi, jam 9.00-11.00 pagi dan disambung pula 15 minit selepas itu iaitu pada 11.15-12.15 telah berlangsungnya Peperiksaan Block 1 Pathology buat julung-julung kalinya di Lecture Hall 4D (bangunan baru). Alhamdulillah berkat menghafal jawapan soalan-soalan lepas, dapat jugalah saya menjawab soalan-soalan dengan penuh tenang dan poyo disamping eager untuk memuntahkan semula jawapan-jawapan yang saya hafal. Akibatnya disebabkan terlalu syok muntah, ade la satu soalan tu saya salah jawab. Habis melayang 6 markah. Tak ape la, block 1 ni as benchmark untuk nak tahu sejauhmana kita berada kan? lulus pon jadi la kan. Amin~ Lain pula situasinya pada peperiksaan OSPE (On-Screen Practical Examination / Peperiksaan Praktikal Atas Layar??) petang tadi. Saya melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan dengan penuh semangat yang berkibar-kibar dek megahnya Jalur Gemilang mase berkibar dekat SDAR dulu. Slide OSPE pertama sahaja, telah membuatkan saya terasa amat bodoh dan fool serta benak dan goblok. Terasa nak menitik jugak airmata tapi hati ni lebih kepada tergelak sebab tak 'nampak' langsung cell apa yang dipancarkan. Waktu tu, mula lah fikiran mengelamun, menyesal, berangan nak tanam taugeh kat dapur pon ade. Nak merungut / menyesal / berleter pon tak guna kan. Jadi seperti biasa, setiap kali terjadinya PES ni, saya berazam untuk mencatatkan resolusi-resolusi saya supaya saya boleh baca balek dekat blog ini. Berikut adalah Resolusi-PES block 1:
1. Ulang Kaji setiap hari-baca, hafal dan terus salin nota cantik-cantik (jangan salin, tapi tulis semula apa yang dah ingat)
2. Hari sabtu adalah HARI JOURNAL- tak kisahlah subjek ape pon (serik da buat journal yang dekat 60 page dalam satu malam)
3. Hari Ahad adalah hari SDL dan PBL
4. Buat Pastyears paper 1 week prior to block examination.
Ok, cukuplah tu 4 resolusi. banyak-banyak pon tapi tak ikut takda guna pon kan? Moga-moga terlaksana lah segala resolusi ini. amin ya rabbal a'lamin. Ok kejap lagi nak pi pinjam Journal Microbiology. Tonight we feast!! (dialog Year One). haha!!!
So kawan-kawan, apa resolusi korang after PES??
Komen anda??
Komen anda??
0 komentar:
Catat Ulasan