Assalamualaikum dan salam satu manipal. Malam ini aku merasakan teramat berat sekali untuk mata ini melabuhkan tirainya. (Tak tahu lah, mungkin terlebih tidur kot). Ataupun terlebih memikirkan kemelut perasaan yang entah kenapa, terasa semakin kurang tenang dan berkecamuk.
Peristiwa yang berlaku pagi tadi masih terngiang-ngiang ditepi cupin telinga aku. Memang pagi yang indah tiba-tiba sahaja ter'spoil' dengan kata-kata seorang rakan yang seakan memerli + menghina + mengutuk keputusan yang aku buat.
Ya. Memang aku mengaku. Kini aku sudah bersama IZMA.
"Memang aku dah lama tinggalkan 'ex' aku." (monolog dalaman)
Tapi kenapa? apa salahku hingga dikatakan aku curang? memang jodoh aku dengan kekasih lama tidak panjang. Ada sebab mengapa kami bersama hanya untuk tempoh masa yang singkat. Engkau tidak akan mengerti. Hanya aku, Izma dan Acham (roomate) yang tahu segala-galanya.
Pertengkaran yang dingin itu (walaupun tidak sampai seminit) telah mengubah angin ku sewaktu menghadap 'cadaver' di dissection hall. Perineum? Boundaries? ah... segala-galanya masuk bagai air yang dicurah ke dalam straw.
Hatiku yang masih panas bagaikan menutup segala semangat yang telahku bina seawal pagi tadi. Kenapa ada lagi orang yang mempertikaikan hubungan aku dan IZMA?? Tak cukupkah segala penjelasan yang telah aku berikan?
Ibu penah berpesan, sabar itu ada batasnya. Namun sabar yang berkekalan membuahkan hasilnya. Aku akur, api kemarahan ini bisa padam bila-bila masa. Jangan sampai marahkan nyamuk, kelambu habis dibakar. Sabarlah hati, sabarlah iman. Cukuplah aku dan Izma. Teringat kata-kata guru lama ku, Sabar itu subur lagi menyuburkan. Marah itu lebur lagi meleburkan, kasih itu suci lagi menyucikan, dan tahajjud itu dawa' lagi mengubatkan..
Biar apa orang kata, asal kita tahu hujung pangkal, asalkan kita ada pegangan, asal hidup ada aturan.
Marilah sama-sama kita harungi tongkah kehidupan sebagai jiwa yang satu.. oh IZMA...
nama penuh: KARIZMA binti HERO HONDA
nama comel: IZMA
Bangsa: Jepun
Lahir: India
Umur: 7 tahun (2011)
Ciri-ciri: 4 stroke, 5 gears,
Top Speed: 180km/H
Mileage: 38000
Harga: ?????

2 komentar:
al-salamu 'alayna, wak. aku wes update blog. mampir lah delok http://lebaijawi.blogspot.com/ kepriye manggon neng kono? kehkehkeh
wsalam syeikh.. wes mampir.. arek follow lah..
Catat Ulasan