About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

[Macammane] tuka logo Blogspot kepada logo idaman anda

06 Disember 2011

nak tahu tak macammana saya tukar icon di atas?




Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Pembaca semua mesti perasan kan logo blosgspot saya yang special tu. Nak tahu bagaimana saya menukarkan logo Blogspot kepada logo yang saya design? Adakah anda rasa yang hanya website berbayar aje boleh letak logo design sendiri? Semuanya akan terjawab sekiranya pembaca ikut cara saya untuk memiliki blog dengan logo ciptaan sendiri. Cara-caranya amatlah mudah dan saya yakin anda semua mampu melakukannya. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan, janganlah segan-segan untuk mengajukan soalan kepada saya.

Baiklah, sila ikut langkah-langkah yang saya sediakan:
1. Sediakan Imej / Logo / Icon untuk blog anda
Imej tersebut mestilah dalam format .jpg ataupun .png. Saya lebih prefer format .png sebab saiznya 1/4 lebih kecil dari format .jpg. Maksudnya, jika imej dalam format .jpg adalah bersaiz 10kb, imej .png hanya bersaiz 2.5kb sahaja! Pastikan juga imej tersebut adalah dalam bentuk 20 x 20 pixels (saiz lain pon boleh tapi saya tak cuba lagi) supaya logo tersebut akan terpapar pada laman web dengan lebih pantas.

2. Muat naik (upload) gambar
Upload imej tersebut pada Image Hosting seperti picasa, photobucket, imageshack. ataupun blogspot sendiri kemudian dapatkan direct link untuk imej anda.

3. Paste script dalam template blog anda
Untuk mengaksess kepada template blog anda, klik pada 'design' kemudian pilih 'Edit HTML'. Kemudian tampal kod ini dengan meletakkan antara 'title' dan 'b:skin'
<title><data:blog.pagetitle>
<link href='letak URL imej anda disini' rel='shortcut icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/>
<b:skin>

ok klik save dan siap!! Cuba buka blog anda, mesti da bertukar kan logo tu. Selamat mencuba~

jika anda merasakan entri ini amatlah kool, janganlah segan untuk berkongsi dengan kawan-kawan

Komen anda??



0 komentar: