About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Seronok jugak jadi orang miskin ni

01 Mei 2011

Sekadar berkongsi pengalam dengan korang semua. Sebelum meneruskan pembacaan, better korang jawab dulu soalan-soalan ini


1. Pernah tak korang rase hidup tanpa wang untuk 2 bulan dalam keadaan korang hanya bergantung pada wang biasiswa? 
2. Pernahkah keadaan tersebut memaksa anda berhutang walaupun anda tidak sanggup hutang keliling pinggang?
3. Anda menjual motorsikal Enticer barang-barang berharga anda untuk membebaskan diri dari hutang??
4. Anda terpaksa menyendirikan diri dari kawan-kawan yang berduit sebab anda takut nak makan kat luar sebab harge makanan mahal?

Jika anda menjawab ya untuk kesemua soalan tersebut, TAHNIAH aku ucapkan sebab korang senasib dengan aku!!

Untuk pengetahuan korang, semua soalan-soalan tu adalah rintihan-rintihan untuk setiap ape yang aku rase. Untuk makluman korang, elaun MARA aku da 2 bulan tak masok.. Bayangkan 1245USD tak masuk lagi sedangkan kengkawan lain semua dah kaye raye. (hehe, tapi takpe, nanti aku lak jadi OKB). Waktu tu, memang nak menitik rase air mate bile tengok kawan-kawan lain ade yang beli BB, i-pod (beli kat e-bay tu!! beli tak ajak aku!!), Skuter, Samsung TAB, HTC, macbook, tempah tiket untuk travel ke europe, and macam-macam lagi kaedah-kaedah yang biasa budak-budak (siswazah luar negara) gunakan untuk memanfaatkan kekayan yang diberikan.

Itu baru citer bab gadget dan kemewahan merekan, belom bab makanan lagi. To be honest, memang aku terpakse meminggirkan diri aku dari 'gang' sebab tak sampai ati nak tolak pelawaan diorang ajak aku makan kat kedai luar. (kat India, kitorang budak-budak laki tak leh masak sendiri coz dok kat hostel). Kekadang tu, teringin la nak makan makanan sedap-sedap. Nasib baik ade 'bunga-bunga' yang bersimpati atas kondisi 'kami' yang papa kedana. Nak dijadikan cerita, tiap-tiap minggu ade je masakan kampung halaman terhidang kat bilik kitorang... Huhu, sweet kan jadi orang miskin ni, ade orang yang masakkan. Korang jangan salah sangke, mereka sekadar membantu ye, tiada maksud tersirat. Thanks korang. (nak sebut name tapi terpakse dirahsiakan). 

Hari meniti hari, sudah genap 3 bulan aku hidup tanpa yang biasiswa. Hal ini juga menandakan sudah hampir 3 bulan aku makan masakan anak orang + makan kat Dewan Selera tempe (tempe adalah perkataan untuk men describe orang-orang tempatan kat sini. tempatan -> tempe). Setiap detik aku hargai dengan penuh harapan yang duit MARA akan masuk ke akaun ICICI bank aku. Hal ini sekali lagi menandakan sudah 3 bulan aku tipu mak aku sebab aku kate duit MARA dah masok (ye lah, takkan korang nak wat parent korang risau kot. Lagi-lagi if parent korang tu keje jual kuih and hantar budak-budak sekolah. tak sampai hati kot). Sedang aku khusyuk mendengar ceramah di Dissection Hall (depan cadaver), tiba-tiba aku merasakan getaran yang agak kuat diperutku. Kusangka, perutku sedang meragam. Iyalah, orang miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Aku endahkan sahaja rungutan perutku itu. (mungkin terminum susu Nandini yang expired nya ntah bila). Setapak melangkah keluar dari dewan mayat, hati kecilku tergerak untuk mengerling ke arah telefon bimbitku (model nokia yang ade lampu suluh je). Terdapat satu pesanan ringkas dari nombor yang tidak dikenali. Pesanan itu berbunyi:
"i'm dean's P.A. Please collect your Bank Draft at MAHE building. tq"
Yuhu!!! aku kaya!!!
Aku rase nak melompat aje bile message tu masuk. Ye lah, 1745USD sekali masok kat akaun korang, tak ke rase macam sekali bedebak duit masok!! huhu. Nak dijadikan cerita, rupe-rupenye Bank Draft tu da sampai kat office Univ. kitorang 3 bulan yang lepas!!! cuma aku je tak tahu coz kitorang junior. Seriusly event ni adalah kenangan aku yang terindah kat India ni. Moral of the story, jangan lah korang rase diri tu miskin sebab kita kaya dengan kasih sayang (if not, tak de la ade orang masakkan aku tiap-tiap minggu!!). Ramai lagi yang prihatin akan keadaan korang. Dan yang paling penting Allah itu tetap ada sebab dia AMAT MENYAYANGI KITA dengan memberikan kekayaan kepada kita. Jadi untuk menambahkan lagi rasa syukur pada Allah ta'ala, aku ade satu kartun untuk korang same-same hayati.  Enjoy...



Sumber asal

Komen anda??


0 komentar: