About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Memaparkan catatan dengan label nur kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nur kasih. Papar semua catatan

Seronok jugak jadi orang miskin ni

01 Mei 2011 0 komentar

Sekadar berkongsi pengalam dengan korang semua. Sebelum meneruskan pembacaan, better korang jawab dulu soalan-soalan ini

Jom Puase Sunat Senin Kamis

14 April 2011 0 komentar































Ada apa dengan IZMA

12 April 2011 2 komentar

Assalamualaikum dan salam satu manipal. Malam ini aku merasakan teramat berat sekali untuk mata ini melabuhkan tirainya. (Tak tahu lah, mungkin terlebih tidur kot). Ataupun terlebih memikirkan kemelut perasaan yang entah kenapa, terasa semakin kurang tenang dan berkecamuk.

selamat tinggal sayang

01 April 2011 0 komentar

hari berganti hari
mentari sudah berganti rembulan
lama sudah kau menjadi teman
kasih kita semakin berputik pada setiap genggaman tangan

kini aku mengerti
apa yang terjadi adalah suratan takdir Ilahi
kau mula menyepi diri
tidak seceria yang ku kenal sejak azali

ah, tidak mengapa
sungguh pemergianmu membuat sang hati ini kian lara
namun tiap-tiap bait katamu akan ku dengar jua
walau ku hanya mampu menjeling manja
kau tetap bertatah di dalam jiwa

aku meniti hari
setiap detik yang aku amati
resah kian menyelubungi diri ini
bagaikan kumbang yang tiada lagi keyakinan diri
pabila mawar yang mekar mewangi
tak lagi mampu menjadi penyeri

selamat tinggal kasihku..
oh ENTICERku...

manipal- 1st premolar

31 Oktober 2010 1 komentar


nehru a 125;
3.oo am

mataku masih keberatan untuk melabuhkan alisnya. bengkak-bengkak kelihatan disekeliling mataku, membuatkan ku tak ubah seperti seekor panda yang sedang riang memakan buluh muda. denyutan ini terasa bagaikan menusuk-nusuk sistem sarafku, sakitnya tidak terperi. hanya Allah sahaja yang mengetahui sakit ku ini.

premolar pertama;
mungkin ini tarbiyah
mungkin ini mehnah,
mungkin juga ini fitnah.

tak kira apa orang kata
aku yakin,
hilangnya premolar pertama ini
tarbiyyah yang cukup bermakna dalam hidupku

ada orang,
paradigmanya teranjak kerana wanita,
ada orang,
paradigmanya teranjak kerana murabbi,
dan ada orang,
paradigmanya teranjak kerana gerak hati
yang pentingnya,
paradigma itu teranjak lantaran kasihnya Ilahi..
namun, hati ini, pegangan diri ini,
paradigma ku ini, teranjak kerana sebatang gigi.

hilangnya premolar pertama
kuratapi dengan tarbiyyah yang menjangkau seminggu,
ibuprofen menjadi juadah harian,
bukan satu, bukan sedozen, tapi puluhan bijian ibuprofen pengubat duka
atas hilangnya premolar pertamaku.

Tarbiyyah Allah datang dalam pelbagai cara yang indah,
aku mengaku, diri ini seorang yang suka bermetafora,
tarbiyyah juga datang kepadaku secara bermetafora.
indahnya kuasa tuhan, hilangnya premolar pertama ini
bagaikan suatu bingkisan buat muhasabah diri,

tak perlu ceramah sepanjang hari,
tak perlu debat siang ke pagi,
cukup dengan hilangnya premolar pertama ini.

kini,
aku tersenyum riang
walau tanpa premolar pertama,
yang penting,
metafora dakwah premolar pertamaku ini
julung kali menusuk kalbu, utuh berpaut dipangkal hatiku

selamat tinggal premolar pertama...
sayonara jahiliyyah~

ratapan hati

03 Ogos 2010 3 komentar

hati ini sedang meratapi nasib yang kian malang,
mehnah, tribulasi, ranjau sepanjang jalan,
apakah perjalanan ini???
yang jauh kian disusuri, yang dekat kian dititi,
penitian ini sungguh berat,
tak tertanggung seorang diri


jawi ini, kian tunduk bak padi berisi,
namum, kian punah dek panas mentari,
Ya ALLAH!!!
bantulah aku ya ALLAH!!
tunjukkanlah hala tuju ku ini..

PERIT!!!
peritnya kalbuku!! bak luka lama bernanah kembali
peritnya, abarat daging ditoreh-toreh,
dicacah si panas besi,
disiram dek limau kasturi,
kemana ikhwah handaiku pergi??

disaat hidup kelam,
samar-samar pelita kerdipan alkana zaitun,
membakar nian di geluk kaca nan sarat,
dikandung rapi bersama....
SINAR yang benderang sekali

ya!!!
apakah itu kalamullah,
bak saat Jibrail memeluk erat,
mengapit rapat batang tubuh
sang MUHAMMAD!!!
ALLAH!!!
insan agung itu,
kekasih Ilahi,
petunjuk sepanjang jalan

dibalik bayang-bayang
terpancar refleksi wajah ini
tembus kehati
telus ke sanubari,
bercucuran permata
terbit, membasahi pipi

perempuan itu fitnahkah?

24 Januari 2010 1 komentar

















fitnah
dashat lagikah dari membunuh?
jiwa kacau,
sakitkah jiwa itu?
fobia,
terkesankah jiwaku?
apakah perempuan itu?
fitnah beserkah dia?

BERKORBAN artinya TERKORBAN

13 Ogos 2009 4 komentar

zaman ini
perjuangannya ini
pengorbanannya ini
mencabar pribadi

koyak yang baru tertampal....
nasibku baik, hadirnya muallim
jari tekunjuk itu,
jangan begini, buat begitu
jangan biarkan mindamu menggerutu,
carilah ubat penawar kalbu,
pesan mu itu, beribu-ribu

budakbadar: salam
budakbadar: kaifa haluka
Mohd Azizee Hasan: salam,buntu ka
budakbadar: na'am
budakbadar: sedikit buntu
budakbadar: ana rase ana makin kurang istiqamah dlm jln dkwh
Mohd Azizee Hasan: apa maksud
budakbadar: kurang bersemangat nak menambh ilmu, ibadat,
budakbadar: sibuk sgt mengejar yang tak penting
Mohd Azizee Hasan: benda ape tu, pgram pi x
budakbadar: ana pi
budakbadar: bnda2 tu macam... masalah remaja
budakbadar: sibuk berangan
Mohd Azizee Hasan: nak kahwin
budakbadar: hahaha
budakbadar: lambat sangat tu
budakbadar: tapi memang masalah2 mcm tu la
budakbadar: da jadi macam musim pulak kat sini
budakbadar: masing2 sibuk fikir
Mohd Azizee Hasan: kena bnyk sabar, bnyk dekatkn diri ngan allah n tumpu pd study
budakbadar: syukran ustaz~
budakbadar: tapi kenape remaja mesti lalui perasaan mcm ni?
budakbadar: ana konfius
budakbadar: ana takut sangat kalau2 dlm jemaah, ana sorang je yang bermasalah macam ni
Mohd Azizee Hasan: biasa. proses peremajaan, kena mujahadah
budakbadar: ustaz, umur macam ana ni, dah perlu ke wat solat istikharah?
Mohd Azizee Hasan: x.patut anta tumpu study dulu, permainan syaitan dan hawa nafsu..
budakbadar: Syukran ustaz
budakbadar: ana off dulu
budakbadar: assalamualaikum
Mohd Azizee Hasan: ok..perjuangan perlu berkorban..berkorban itu ertinya terkorban

berkorban itu terkorban
moga-moga
renungan ini
menjadi tatapan kalian
dalam menongkah bahtera ilmu

a tear of blood

27 Julai 2009 4 komentar


Tears stream down your eyes
when you lose soomething you cannot replace,

tears stream down your eyes
i promise you i will learn from my mistakes...

2:216

kemerdekaan itu

23 Julai 2009 4 komentar

Rendang bercambah, pohonan bidara,
Menghias laman, tempat bersakat
Alam Melaka, nadi nusantara,
Unggul berzaman, menjunjung adat.

Lagak pendekar, bermain keris,
Buat menghibur hati nan gundah,
Angkara si kitul, durjana Portugis,
Bumi dijajah, maruah terlapah,

Sinar berarak, mentari gemilang,
Terpancar indah, menyulam cempaka,
Bangkit pendekar, maju berjuang,
Menuntut maruah, bumi merdeka.

Andai siantan, mekar selembah,
Megah sang kumbang, terbang ceria,
31 ogos, memahat sejarah,
Terukirlah nama MALAYSIA merdeka,

Terbang tekukur, seluruh buana,
Bersakat girang, kicauan berseri,
MALAYSIA makmur, berbilang budaya
Kekal berpadu, mengukir harmoni.

Aku, bunga dan dia

4 komentar

Dulu
Aku ada sekuntum bunga
Bunga itu tajam berduri
Namun,
Dapat juga kusunting kuntuman itu
Harumnya, menusuk kalbu
Kelopaknya, meruntun kasihku
Kini,
Mawarku udah layu
Segarnya tiada, hilang dimata,
Namun, harumannya….
Tetap terpahat dijiwa…..
Dia,
Hadir bertandang dalam jiwaku
Irasnya, tak ubah umpama kuntuman mawarku dulu
Hadirnya, menyegar kalbu
Udah lama hatiku tidak mekar
Semekar mawarku dulu
Detik ini,
Aku tahu, dia hanyalah bayang-bayang
Yang hadir membawa bersama mawarku itu
Aku tahu, dia dan mawarku
Hanyalah secebis
Cebisan karya yang maha AGUNG
Yang Maha pengasih lagi pengampun
Aku, bunga dan dia
Kasih Nya
Penyeri hidupku,
denganNya,
aku bersyukur
kerna Dia,
mengutus dia dan bunga…..
aku, bunga dan dia……………..
m08l
1621