About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

manipal- 1st premolar

31 Oktober 2010


nehru a 125;
3.oo am

mataku masih keberatan untuk melabuhkan alisnya. bengkak-bengkak kelihatan disekeliling mataku, membuatkan ku tak ubah seperti seekor panda yang sedang riang memakan buluh muda. denyutan ini terasa bagaikan menusuk-nusuk sistem sarafku, sakitnya tidak terperi. hanya Allah sahaja yang mengetahui sakit ku ini.

premolar pertama;
mungkin ini tarbiyah
mungkin ini mehnah,
mungkin juga ini fitnah.

tak kira apa orang kata
aku yakin,
hilangnya premolar pertama ini
tarbiyyah yang cukup bermakna dalam hidupku

ada orang,
paradigmanya teranjak kerana wanita,
ada orang,
paradigmanya teranjak kerana murabbi,
dan ada orang,
paradigmanya teranjak kerana gerak hati
yang pentingnya,
paradigma itu teranjak lantaran kasihnya Ilahi..
namun, hati ini, pegangan diri ini,
paradigma ku ini, teranjak kerana sebatang gigi.

hilangnya premolar pertama
kuratapi dengan tarbiyyah yang menjangkau seminggu,
ibuprofen menjadi juadah harian,
bukan satu, bukan sedozen, tapi puluhan bijian ibuprofen pengubat duka
atas hilangnya premolar pertamaku.

Tarbiyyah Allah datang dalam pelbagai cara yang indah,
aku mengaku, diri ini seorang yang suka bermetafora,
tarbiyyah juga datang kepadaku secara bermetafora.
indahnya kuasa tuhan, hilangnya premolar pertama ini
bagaikan suatu bingkisan buat muhasabah diri,

tak perlu ceramah sepanjang hari,
tak perlu debat siang ke pagi,
cukup dengan hilangnya premolar pertama ini.

kini,
aku tersenyum riang
walau tanpa premolar pertama,
yang penting,
metafora dakwah premolar pertamaku ini
julung kali menusuk kalbu, utuh berpaut dipangkal hatiku

selamat tinggal premolar pertama...
sayonara jahiliyyah~

1 komentar:

  1. rosso berkata...

    Allahu akbar!