About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

PPSMI Dimansuhkan? Jadi ke Tak ni?

11 Disember 2011

PPSMI: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

Isu ni memang agak lapuk tapi tiba-tiba sahaja menarik perhatian saya sewaktu terbaca status facebook  berkaitan PRU. Dengarnya PRU tangguh tahun depan kan? So sempat la saya balek Malaysia mengundi. Berbalik pada PPSMI, ada dengar ura-ura untuk pemansuhan PPSMI atas alasan PPSMI membebankan para pelajar. 

Kitab KIMIA zaman mak ayah saya
Baiklah, mari kita kupas isu ini satu persatu. Beban lebih merujuk kepada tanggungan atau liabiliti terhadap seseorang dan berkait rapat pada isu pendidikan pula, sudah pasti Sektor Pendidikan mementingkan sistem yang disediakan adalah suatu sistem yang terancang dan bermanfaat dalam jangka masa panjang, baik kepada individu, mahupun negara. Saranan perlaksanaan PPSMI pada pandangan saya amatlah bermanfaat. Bukan kerana saya adalah Batch pertama menjalani PPSMI, tapi saya melihat keberkesanan sistem ini untuk jangka masa panjang.


Amatlah tidak dinafikan, bahasa memainkan peranan penting dalam membina sesuatu kefahaman. Bahasalah yang mempengaruhi sistem pemikiran dan bahasa jugalah yang menyebabkan tercetusnya perang dunia ke-2. Namun harus kita lihat, demi memajukan Malaysia dalam sektor Sains dan Teknologi ni, penguasaan terhadap sesuatu ilmu itu amatlah wajar dan merupakan tunjang utama dalam kemajuan mana-mana tamadun dunia. Bahasa Inggeris pada hari ini telah digunapakai secara meluas dalam bidang-bidang ilmu mahupun urusan rasmi. Kebergantungan kepada pentafsiran buku-buku ilmiah bukanlah satu solusi yang tepat dalam menjangkaui batasan bahasa kerana dalam peralihan sesuatu bahasa itu, akan berlakunya kecacatan dari sudut kandungan teks asal. Istilah-istilah yang digunakan juga mungkin menjadi berbeza sebagai contoh, Karbon Dioksida dan Carbon Dioxide. Bukan tujuan saya untuk memertabatkan bahasa Inggeris, namun saranan saya lebih kepada peri pentingnya PPSMI dikekalkan sebagai satu sistem pendidikan yang lebih bermanfaat. 

Kenapa perlu berufuk ke Barat? Jepun boleh maju dengan bahasa mereka? mengapa tidak Malaysia? Satu soalan yang menarik, tetapi harus diingat, samakah cara orang jepun berfikir dengan cara orang Melayu berfikir? Samakah cara mereka bangkit dari zaman gelap dengan cara kita bangkit dari zaman penjajah? Bukan nak jadi pesimistik, tapi masalah utama masyarakat kita (terutamanya Melayu) adalah cara berfikir masing-masing yang masih lebih kepada prinsip 'yang penting aku dapat kerje, kahwin, dapat anak, dapat kereta, lepastu pencen dan pergi masjid'. Kita masih lagi kekurangan 'thinker' dan 'doer'. Yang ramai adalah 'talker', tak kira mereka itu adalah 'talker' yang memimpin mahupun yang dipimpin. Justeru, saya merasakan kita masih lagi tidak mampu (belum lagi masanya) untuk berdiri sepenuhnya dengan kaki sendiri. Bukan 'berdiri dengan kaki sendiri' itu yang penting tapi bagaimana kita berusaha untuk 'berdiri dengan kaki sendiri' itulah yang lebih utama. Jika tak mampu untuk terus berdiri, tak salah jika kita sahut pimpinan tangan-tangan yang sudah lama 'berdiri atas kaki sendiri'.

Berhubung isu pemansuhan PPSMI, saya dengan sekeras-kerasnya membangkang tindakan pemansuhan tersebut atas dasar, PPSMI lebih memberikan manfaat berbanding beban kepada pelajar. PPSMI tidak perlu dimansuhkan secara menyeluruh tapi ianya perlu dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian:

1. PPSMI hanya dikekalkan untuk pelajar aliran Sains (bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja)
Saya yakin, pelajar menengah atas yang meneruskan pendidikan menengah dalam aliran Sains adalah merupakan golongan-golongan pelajar cemerlang di sekolah mereka. Saya percaya, tidaklah menjadi suatu beban bagi mereka untuk meneruskan sistem PPSMI ini kerana tahap akademik pelajar tersebut terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris tidak perlu lagi diragui.

2. PPSMI yang dijalankan mestilah setaraf dengan program antarabangsa (seperti A-level, IB diploma, AUSMAT, SAM)
Hal ini lebih kepada memberi manfaat baik pada pelajar mahupun Kerajaan. Penjimatan masa dan wang dapat dicapai menerusi kaedan ini. Penjimatan masa bagi pelajar kerana mereka tidak perlu lagi memasuki kolej matrikulasi dan bagi yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka tidak perlu lagi menghabiskan masa 2 tahun untuk program persediaan. Kerajaan juga akan dapat meraih sumber tenaga kerja mahir yang bakal dilahirkan, 2 tahun lebih awal dari apa yang didapati masa kini. Penjimatan dari sudut ekonomi pula lebih menguntungkan kerajaan kerana buku-buku teks bagi program PPSMI tidak perlu dilupuskan. Pembinaan Kolej-kolej persediaan untuk kemasukan Universiti Luar Negara tidak lagi diperlukan kerana PPSMI yang dijalankan adalah setaraf dengan program antarabangsa yang lain.

Saranan saya kepada kerajaan, anda telah melabur banyak untuk PPSMI. Pemansuhan PPSMI secara total bukanlah satu tindakan yang wajar, namun satu 'post moterm' yang lebih praktikal perlu dijalankan. Janganlah pemansuhan PPSMI ini sebagai satu ayam tambatan dalam meraih sokongan rakyat. Kementerian Pendidikan perlu lebih tegas dan memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada. PEMANSUHAN PPSMI bukanlah jalan keluar. PPSMI tidak pernah membawa masalah, cumanya pengurusan sistem yang kurang cekap adalah dalang kegagalan sistem ini.

Komen anda??




0 komentar: