About

Assalamualaikum and hello. As the admin of this page, I would like to convey my gratitude and appreciation for visiting my webpage. Internet as a medium of sharing and therefore, i would like to take this opportunity as the best medium for sharing my knowledge and thought. Feel free to leave comments. Hope you enjoy my writing.Read more about me »

Soalan Killer!!

Family First Featured Work

Keep in touch

RSS Feed Twitter Facebook

Subscribe via email

Sembang Rakyat Digantung???

13 Disember 2011

screenshot setakat jam 4.30 petang 13.12.11

Sapa tak pernah tengok video sembang rakyat di Youtube yang semakin rancak dipersembangkan lebih-lebih lagi menjelang PRU ini. Baru-baru ini ketika membaca twitter blog Ayam dan Babi, saya agak sentap dengan berita website Sembang Rakyat digantung. Apakah motif disebalik semua drama ini?



Video di atas adalah antara salah satu episod dalam website sembang rakyat yang membincangkan topik Hudud yang lebih kepada mementingkan kehendak sendiri dari aspek ilmiah. Persoalannya sekarang, apakah maksud disebalik 'suspension of this website'? Sebelum ini, ada pihak-pihak yang mendakwa, video sembang rakyat ini dibiayai oleh pihak yang memerintah, namun ada juga mengatakan kemungkinan juga video ini adalah propaganda pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Mana tidaknya, majoriti kandungan video ini lebih berufuk kepada kerajaan. Baiklah, mari kita ambil kira beberapa perkara. Tindakan laman web tersebut di 'delete' menunjukkan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Sembang Rakwat dibiayai kerajaan adalah benar. Lihat sahaja mengapa Wikileaks masih wujud adalah kerana, jika laman web tersebut dihentikan, bermaksud ada pihak-pihak yang menyekat laporan-laporan yang diberikan atas datas keselamatan dan besar kemungkinan juga kandungan apa yang terpapar dalam laman web tersebut adalah benar sama sekali.

Saya memandang isu penyekatan laman web Sembang Rakyat ini mempunyai agenda tersendiri. Pada pandangan saya, setiap apa yang dibincangkan dalam sembang rakyat itu dipersembahkan dalam suatu bentuk yang agak menarik dan mampu membuatkan para penonton berfikir sejenak [updated: setakat hari ini 15.12.11, saya dapati laman web sembang rakyat kembali aktif. Saya cuba bersangka baik, manalah tahu mereka lupa nak bayar domain ke?]. Namun jika dikaitkan dari sudut ilmiah, ternyata Sembang Rakyat itu memang kena dengan tajuknya. (sembang, dan rakyat). Dalam salah satu klip video sembang rakyat yang membincangkan hukum hudud, saya melahirkan kekecewaan kerana masih ramai yang lagi masih kurang paham tentang isu hukum hudud. Hudud lebih dilihat sebagai suatu bentuk hukuman, labih dari sistem peraturan. Saya amat setuju apabila melihat faktor 'kuasa' mampu merubah sikap pemimpin Muslim (terutamanya) sehingga berani memperlekehkan hukum Allah. Hukum hudud adalah HUKUM ALLAH yang wajib dilaksanakan apabila cukup syaratnya dan seharusnya tidak perlu lagi dipertikaikan masyarakat Islam sejak azali. 

Saya menyeru kepada para pembaca sekalian agar sama-samalah kita befikir dan menganalisa sesuatu fakta sebelum membuat satu kesimpulan. Siapa taja siapa (merujuk kepada siapa taja sembang rakyat) bukanlah isu yang sebenar, tetapi sejauhmanakah kita keluar dari kepompong asal dalam menilai sesuatu isu. Adakah kita mangsa propaganda atau sudahkah kita betul-betul matang dalam membuat pilihan?? 

**Rakan saya ketika mengulas isu HUDUD dalam sembang rakyat: "Pd pndngn ana, walaupun sembang rakyat tu hanya sekadar lakonan, tapi kita tidak boleh menafikan bahawa bilangan sebenar org Melayu Islam yg berfikiran sebegitu adlh sgt ramai." sedih tapi benar, itulah realiti masyarakat kita.

tepuk dada tanya iman, jika iman setuju maka minda akan membuat pilihan yang tepat...

Komen anda??




0 komentar: