Rendang bercambah, pohonan bidara,
Menghias laman, tempat bersakat
Alam Melaka, nadi nusantara,
Unggul berzaman, menjunjung adat.
Lagak pendekar, bermain keris,
Buat menghibur hati nan gundah,
Angkara si kitul, durjana Portugis,
Bumi dijajah, maruah terlapah,
Sinar berarak, mentari gemilang,
Terpancar indah, menyulam cempaka,
Bangkit pendekar, maju berjuang,
Menuntut maruah, bumi merdeka.
Andai siantan, mekar selembah,
Megah sang kumbang, terbang ceria,
31 ogos, memahat sejarah,
Terukirlah nama MALAYSIA merdeka,
Terbang tekukur, seluruh buana,
Bersakat girang, kicauan berseri,
MALAYSIA makmur, berbilang budaya
Kekal berpadu, mengukir harmoni.
Repekan Random
-
Qaul Jumhur VS Qaul Minoriti
Semasa nak menukar minyak enjin Modenas KRIS MR3, aku cuba membuka palam
penutup minyak yang berada di bahagian bawah moto...
6 hari yang lalu
4 komentar:
wak?? buat sndiri ke???
terer kot... waahhhh...
sila2 ziarah di blog kami...
hahaahaaa
itulah kesenian sastera
sadnyer ta dapat e.e malay
wah....kagum2
puitis juga wak ni rupanya. bagus2, teruskan berkarya :)
Catat Ulasan